OBJEKTIF PENUBUHAN PerSoNa
Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:
1. Membantu meringankan beban rakyat miskin dengan sumbangan barang makanan serta barang-barang keperluan asas.
2. Mengadakan program kunjungan kasih ke rumah anak-anak yatim dan orang orang tua yang kurang upaya serta menziarahi pesakit terlantar bersama sumbangan wang dan barang-barang asas.
3. Mengadakan program kecemerlangan dengan memberi sumbangan buku-buku dan peralatan sekolah serta menganjurkan kelas tambahan secara percuma.
4. Membantu rakyat yang ditimpa musibah dan bencana alam dalam misi kemanusiaan
5. Memberi kerjasama kepada badan-badan NGO/Korporat termasuk agensi agensi kerajaan bagi menjayakan program-program khidmat social bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin.
6. Menegakkan akidah Islamiah Ahli Sunnah Wal Jumaah
7. Menyemai semangat Solidariti Penyatuan Ummah dikalanganmasyarakat.
8. Menyemai semangat kejiranan saling hormat menghormati dalam komuniti.
9. Menyemaikan semangat kekitaan dalam masyarakat daerah dan negeri.
10. Membentuk jati diri individu dikalangan masyarakat dengan semangat kebersamaan.
11. Berinteraksi dengan masyarakat dengan sifat peduli yakni perihatin dan sedia berusaha membantu.
12.Menganjurkan gerak kerja gotong-royong
13.Menganjurkan lawatan/kunjungan menziarahi dan membantu pesakit yang terlantar dan warga emas yang bersendirian juga mereka yang menghadapi kesukaran.
14. Membantu menyelesaikan masalah rakyat melalui Jabatan dan Agensi Kerajaan.
15.Berkhidmat sebagai perunding dan penasihat bagi membantu mengatasi masalah masyarakat. Membantu memberi pencerahan dan
kefahaman mengenai dasar pembangunan kerajaan hari ini. (government of the day) kepada rakyat diperingkat “grass root” Menyemai dan menerapkan semangat cintakan negara dikalangan rakyat berbilang kaum dan ideologi di Malaysia.